Ketahuilah bahawa ilmu-ilmu adalah terhunjam dalam seluruh
jiwa manusia dan semuanya sesuai untuk menerima seluruh ilmu. Kalau suatu jiwa
itu terluput dari mendapat habuannya, tidak lain hanya kerana suatu sebab yang
mendatang, menimpa ke atasnya dari luar. Sebagaimana sabda Nabi SAW. yang
bermaksud:
"Dijadikan manusia dalam keadaan suci,
kemudian dirosakkan mereka oleh syaitan-syaitan". dan
sabdanya lagi yang bermaksud:
"Tiap-tiap yang dilahirkan adalah
dilahirkan dalam keadaan semulajadi".
Jiwa berakal(Al-Nafsul Naathoqah) manusia memang
layak untuk menerima pencaran jiwa keseluruhan(Al-Nafsul Kulliyah) di
atasnya dan bersedia untuk menerima gambaran-gambaran yang dapat difahami oleh
aqal(Ma'quulah) dengan kekuatan kesucian aslinya dan kemurniaannya yang asal.
Tetapi sebahagiannya menderita sakit dalam dalam dunia ini diserang oleh
berbagai penyakit yang menyebabkan tiada dapat mencapai hakikat-hakikat,
manakala sebahagiannya masih dalam keadaan kesihatan yang asal tanpa sakit dan
rosak dan sentiasa bersedia(untuk menerima ilmu) selagi masih hidup.
Jiwa-jiwa yang sihat ialah jiwa-jiwa Kenabian(Al-Nufus
Al-Nubuwiyah) yang bersedia untuk menerima wahyu dan bantuan(pertolongann
atau penguatan dari Allah), berkuasa untuk melaksanakan penyelongkaran dalam
Ilmu kejadian dan kebinasaan, kerana jiwa-jiwa itu adalah kekal dalam kesihatan
aslinya dan tidak berubah Mazrajnya oleh bencana penyakit. Oleh itu Ambiya'
adalah menjadi para doktor-doktor jiwa dan menjadi para penyeru makhluq supaya
menyucikan semulajadi mereka.
Ada pun jiwa-jiwa yang sakit dalam dunia yang hina ini
terdiri dari beberapa tingkat:
4. Jiwa yang mengingat dan lupa, cuba melatihkan diri
(dengan beramal untuk mengembalikan ingatan itu) tetapi tiada berdaya. Mereka hanya
mendapat Nur yang sedikit dan pancaran yang malap.
Perbezaan-perbezaan ini timbul dari pengarahan jiwa-jiwa itu
terhadap dunia dan tenggelam di dalam dunia ini menurut kuat dan lemahnya
seperti orang sihat bila ia sakit dan orang sakit bila ia sihat. Bila masalah ini telah terurai, akan timbullah jiwa-jiwa
itu dengan Ilmu Laduni dan akan mengetahui bahawa mereka memang
Alim(mengetahui) pada awal semula jadinya dan murni pada permulaan ciptaannya.
Sedangkan mereka menjadi jahil itu adalah kerana sakit yang dideritai ketika
bersama dengan jasad yang tebal ini dan ketika tinggal dalam rumah yang kotor
dan tempat yanng gelap.
Bahawa jiwa-jiwa itu belajar untuk mendapatkan ilmu yang
tidak ada, bukanlah menciptakan aqal yang luput, malah
belajar itu adalah merupakan usaha jiwa-jiwa tersebut untuk mengembalikan ilmu
asal lagi instintif(berdasarkan naluri bukan dihasilkan oleh taakulan atau
ajaran) dan menghilangkan penyakit yang
timbul dari pengarahan jiwa-jiwa itu kepada kekotoran jasad dan segala yang
berhubung dengan kepentingan jasad.
Seorang bapa yang pengasih lagi penyayang kepada anaknya,
bila ia mengarahkan perhatiannya kepada soal menjaga anak sahaja, ia akan lupa
segala urusan yang lain dan masanya penuh dengan soal membicarakan anak sahaja.
Begitu juga jiwa, kerana terlampau memperhitungkan kepentingan kerangka(jasad)
ini dan tenggelam di dalam lautan tabiat dengan sebab lemah dan pengasingannya.
Ia memerlukan pelajaran sepanjang usianya untuk mengingatkan kembali apa yang
telah dilupakan dan untuk mendapatkan semula apa yang telah luput. Pengajian ini tidak lain dari hanya pengembalian jiwa kepada
jauharnya dan pencungkilan apa yang berada dalam hati nurani kepada tindakan
untuk menyempurnakan zatnya dan mencapai kebahagiannya.
Bila suatu jiwa telah lemah dan tidak dapat kembali kepada
hakikat Jauhariahnya, hendaklah ia berguru pada seorang yang pengasih lagi Alim
dan memohon pertolongan daripadanya supaya ia menolong dalam mencapai
cita-citanya, seperti seorang sakit yang tidak tahu cara mengubati penyakitnya
sedangkan ia berusaha menyembuhkannya. Ia terus menemui doktor yang pengasih,
menerangkan hal dirinya dan meminta supaya mengubatinya.
Kita pernah menyaksikan seorang Alim menderita suatu
penyakit yang tertentu seperti sakit kepala dan dada, menyebabkan lari ilmu
dari jiwanya. Ia lupakan segala maklumatnya dann ingatannya terhadap segala apa
yang didapatinya dulu menjadi keliru dan tertutup. Bila ia sihat kembali,
hilanglah lupanya itu dan kembalilah jiwa mengingati maklumatnya, lalu
teringatlah semula apa yang telah dilupainya semasa sakit.
Dari sini kita dapat mengetahui bahawa ilmu-ilmu itu tidaklah binasa, sebenarnya ia dilupakan.
Perbezaan antara "Mahwun"
ertinya "sapu" dan "Nasyan"
ertinya "lupa" ialah sapu itu ertinya binasa ukiran-ukiran dan
tulisan-tulisan, manakala lupa ialah kekeliruan di antara ukiran-ukiran dan
tulisan-tulisan itu. Seperti awan yang mendung atau awan yang menutup sinar
matahari dari pandangan orang bukan seperti jatuh matahari yang ertinya
perpindahan matahari dari atas bumi menuju ke bawah bumi.
Perhatian penuh jiwa dalam pengajian bermakna
menghilangkan penyakit dari jauhar jiwa supaya ia kembali kepada apa yang telah
diketahui pada awal-awal semulajadi dan telah dikenalinya pada awal
kesuciannya.
Bila anda telah mengetahui sebab dan maksud pengajian dan
hakikat jiwa dan jauharnya, maka ketahuilah bahawa jiwa yang sakit adalah
memerlukan pengajian dan pengorbanan usia dalam mendapatkan ilmu-ilmu. Ada pun
jiwa yang kurang sakit dan sedikit sahaja penyakitnya, kecil merbahayanya,
tipis awan mendungnya, sedangkan mazrajnya sihat; maka ia tidak memerlukan
penambahan pengajian dan kepenatan yang lanjut. Malah dengan sedikit
Nazhor(Tilik) dan fikir sudah cukup untuk memulihkan kembali asalnya, sampai
kepada permulaan dan hakikatnya, melihat rahsia-rahsia jiwa dan mencungkil apa
yang ada di dalam dari kekuatan kepada tindakan serta menjadikan apa yang
tersembunyi di dalamnya sebagai pakaian untuknya.
Dengan ini lengkaplah dia dan sempurnalah keadaannya. Ia
mengetahui banyak perkara dalam waktu yang singkat dan menggambarkan maklumat
dengan teratur baik. Ia menjadi Alim(mengetahui),
sempurna lagi dicekapi (Mutakallimah: maksudnya
dicapai dari sebelah hijab atau dengan kata lain, mendengar suara dari Alam
Hakikat atau Alam Ketuhanan tingkat Wahidiah atau Al-Aqlul Kulli yang
memberikan ajaran-ajaran).
Ia mengambil cahaya dari pengarahan terhadap Jiwa-Jiwa
keseluruhan (Al-Nafsul Kuliyyah) dan Jiwa-Jiwa Keseluruhan ini pula melimpahkan
cahayanya ke atas Jiwa Bahagian (Al-Nafsul Juz'ie). Kedua-dua jiwa ini hampir
serupa keadaan dipandang dari segi kerinduan kepada asal. Ia(jiwa-jiwa yang
kurang sakit) memutuskan urat-urat dengki dan umbi dendam dan meninggalkan keutamaan
dan perhiasan-perhiasan dunia. Bila jiwa-jiwa telah sampai kepada tingkat ini,
sesungguhnya ia telah mengetahui, selamat dan berjaya. Inilah yang dikehendaki
untuk semua orang.
Ringkasan Fasal Di Atas
|
Setelah mengemukakan tentang cara-cara mendapatkan
ilmu dari fasal sebelum ini, Imam Ghazali memberikan perhatian yang khas kepada
cara Ilham. Inilah yang menjadi tujuannya dalam kitab Al-Risaalatulli Duniyyah
ini; iaitu cara-cara yang masih dibuka pintunya oleh Allah Taala untuk manusia
mengambil ilmuNya iaitu Ilmu Laduni.
Tetapi sebelum daripada menerangkan cara-cara
mendapatkan ilmu dengan Ilham itu, Imam Ghazali telah menerangkan terlebih
dahulu tingkat-tingkat jiwa untuk menentukan jiwa yang bagaimanakah keadaannya
dapat mencapai ilmu dengan cara Ilham tersebut. Ia membahagikan jiwa kepada dua
bahagian iaitu;
- Jiwa yang sihat seperti jiwa Nabi-nabi dan
- Jiwa yang sakit yang terbahagi pula kepada empat(4) iaitu;
- 1. Jiwa yang sedikit sahaja dikesani penyakit, dapat diubati
dengan mudah dan mendapat Ilmu Laduni dengan mudah.
- 2. Jiwa yang agak berat penyakitnya, dapat diubati dengan
mudah tetapi memakan masa yang lanjut untuk mendapatkan Ilmu Laduni.
- 3. Jiwa yang berat penyakitnya, memakan waktu yang lanjut
untuk mengubati dan memakan waktu yang lanjut pula untuk mendapatkan Ilmu
Laduni.
- 4. Jiwa yang sangat berat penyakitnya, walaupun diubati dengan
cara beramal tetapi tidak sembuh seperti asal lagi. Hanya mendapat
pancaran Nur yang malap sahaja.
Cara mengubat jiwa yang sakit itu ialah dengan menemui
seorang guru yang pengasih lagi Alim. Maksudnya seorang guru dalam ahli dalam
Ilmu Tasauf
Ilmu Laduni ini sebenarnya ialah ilmu yang
telah ada sejak awal semulajadi pada jiwa manusia.
Kejahilan terjadi kerana kesakitan yang dideritai jiwa ketika bersama dengan
jasad. Oleh itu bila penyakit itu diubati, jiwa kembali sihat seperti asalnya
dan dapatlah kembali Ilmu Laduni yang telah dilupakan itu.
Sila lihat juga fasal-fasal terdahulu
[Teori Ilmu]
[Keistimewaan Ruh Insani] [Bahagian Ilmu] [Asal &Kedudukan Ilmu Tasauf] [Cara dan kaedah mendapatkan ilmu]
Semoga Allah Memberi Taufiq Dan Hidayahnya
|
Sebarang Kesamaran Sila Rujuk Kepada Mereka Yang Ahli Dalam Ilmu
Ini
|

Tidak ada komentar:
Posting Komentar