Ketahuilah bahawa "ILMU
LADUNI" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas
penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya"
(Surah Al-Syams:7). Perkembalian (kepada asal) ini adalah dengan tiga
cara:
Syarat-syarat berfikir ini kami paparkan dalam suatu
risalah yang lain kerana keterangan mengenai berfikir, cara dan hakikatnya
adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan
dengan pertolongan Allah Taala.
Sekarang kami akhiri risalah ini, kerana apa yang tersebut
di dalamnya rasanya memadai untuk orang yang sesuai dengannya. Firman Allah yang
bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan
kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah
An-Nur:40)
Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, Selawat dan
Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah
Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha
Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru
Sekelian Alam.
Selesailah tanggungjawab Suluk menyebarkan Risalah ini
kepada umum pada hari Jumaat 5 Mac 1999 bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1419.
Semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnya di dunia dan
akhirat.
Allahu A'lam.
Fasal-fasal terdahulu
[Teori Ilmu] [Keistimewaan Ruh Insani] [Bahagian Ilmu] [Asal &Kedudukan Ilmu Tasauf] [Cara dan kaedah mendapatkan ilmu] [Tingkat Jiwa]
| Semoga Allah Memberi Taufiq Dan Hidayahnya |
| Sebarang Kesamaran Sila Rujuk Kepada Mereka Yang Ahli Dalam Ilmu Ini |

Tidak ada komentar:
Posting Komentar