Keistimewaan
Ruh Insani
|
Allah
Taala menyusun jasad-jasad dari bahagian-bahagian makanan dan menjaganya dengan
bahagian-bahagian zat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad, menyediakan
asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan anggota-anggota kaki
dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang tunggal, sempurna
menyempurna lagi memberi faedah.
Bukanlah
saya(Imam Ghazali) maksudkan 'jiwa' itu kekuatan untuk mendapatkan makanan;
- bukan kekuatan yang
menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan;
- bukan kekuatan yang berada
dalam jantung(Al-Kolbu) yang melahirkan hidup, menimbulkan rasa dan
gerak dari jantung kepada seluruh anggota, kerana kekutan ini dinamakan 'Ruh
Haiwani'.
Rasa,
gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Haiwani ini.
Kekuatan
mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati(Al-Kabad) dinamakan 'Ruh
Tobie.' Pencernaan dan penolakan adalah daripada sifat-sifatnya. Kekuatan
merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie semuanya menjadi
khadam-khadam bagi jasad dan jasad pula adalah khadam kepada Ruh Haiwani,
kerana jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Haiwani dan bekerja menurut
geraknya.
Sebenarnya
yang saya maksudkan dengan 'JIWA' itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA LAGI
TUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya hanya
- mengingat
- menghafaz
- memikir membeza dan
- mengamat-amati; juga
- menerima segala ilmu dan
- tidak jemu-jemu menerima
rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda.
Jauhar
ini adalah ketua segala ruh dan raja. Segala kekuatan semuanya berkhidmat
kepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya. Jauhar ini tidak lain tidak bukan
dari JIWA BERAKAL (Al-Nafs An-Naathokoh) yang diberikan
berbagai-bagai nama. Para ahli falsafah menamakan jauhar ini sebagai JIWA
BERAKAL(Al-Naf An-Naathokah).Al-Quran menamakannya sebagai JIWA
YANG TENANG(Al-Nafsul Mutomainnah). Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH
URUSAN (Al-Ruh Al-Amri). Ahli Tasauf menamakannya sebagai
QALBU(Al-Qalbi). Perbezaan cuma pada segi nama-nama sahaja tetapi
ertinya satu, tidak ada perselisihan. Oleh itu 'QALBU' dan 'RUH' pada kita juga
'YANG TENANG' semua nama-nama itu adalah bagi 'JIWA BERAKAL' (Al-Nafs
Al-Naathokoh). Jiwa berakal ialah 'Jauhar yang Hidup', 'aktif', lagi
mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qalbu. Maksudnya ialah jauhar ini juga.
Ahli-ahli
Tasauf menamakan 'Ruh Haiwani' pula dengan nafsu. Syarak juga memberikan
pengertian yang sama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Musuh
engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau".
Baginda
bersabda lagi dengan maksud:
"Nafsu
engkau ialah yang terletak di antara dua pihak".
Perkataan
nafsu yang dimaksudkan oleh syarak di sini ialah kekuatan 'syahwaaniah' dan
kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara dua
pihak(dari tubuh manusia).
Bila
kamu telah faham dan mengetahui perbezaan nama-nama itu ternyatalah bahawa para
pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilai ini
dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeza. Para ahli Ilmu Kalam yang
pandai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan menyatakan
bahawa ia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang tebal ini.
Mereka hanya melihat perbezaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan dan
ketebalan sahaja.
Sebahagian
dari mereka menganggap ruh sebagi 'aradh. Sebahagian daripada ahli-ahli
kedoktoran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah
sebagai ruh.
Mereka
semua merasa puas hati dengan pendapat mereka kerana dipengaruhi oleh
kecantikkan pandangan dan mereka 'TIDAK BERUSAHA' mencari bahagian ketiga
sedangkan sebenarnya ada tiga bahagi iaitu Jisim, Aradh dan 'Al-Jauhar-Al-Mufrad'. Ruh Haiwani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu
bernyala terletak dalam kaca jantung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah
rangka sanubari yang tergantung pada dada manusia. Hidup adalah lampu tersebut,
- Darah ialah minyaknya,
- Rasa dan gerak merupakan
nurnya,
- Syhwat ialah kepanasannya,
- Kemarahan ialah wapnya,
- Kekuatan mencari makanan yang
berada di dalam hati merupakan khadam atau penjaganya dan wakilnya.
Ruh
ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak
mengetahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta
Alam. Ia hanya merupakan khadam yang terikat. Ia mati bersama dengan matinya
badan. Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan
sebaliknya jika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah
kesejukan. Padamnya menjadi sebab bagi matinya badan. Tidak ada 'khitob
Tuhan' iaitu (perkataan-perkataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan
kepada orang-orang mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka) dan
tidak ada 'takhlif' (pemikul tanggungjawab yang diamanahkan dari
Allah melalui hukum syarak yang lima) tuan punya syarak terhadap ruh ini.
Kerana inilah segala binatang tidak termasuk ke dalam makhluk-makluk yang
menerima 'khitob' dengan hukum-hukum syarak.
Manusia
sebenarnya 'ditakhlif' dan 'dikhitob' kerana suatu makna yang lain terdapat
padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah pada
manusia ada 'JIWA YANG BERAKAL' (Al-Nafs-An-Naatokoh), 'RUH URUSAN'(Ruhul-Amri)
dan 'JIWA YANG TENANG'(Al-Nafsul Muthomainnah).
Ruh
ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh',
kerana ia datang dari urusan Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud:
'Katakanlah
hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku. (Surah Al-Israk ayat 85)
Allah
berfirman lagi yang bermaksud:
'Hai
Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan
diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)
Urusan
Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL
YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah
Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar
abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Bukan boleh dirasa. Apa yang
kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia
- tidak rosak
- tidak layu
- tidak binasa
- tidak mati bahkan;
- ia terpisah dari badan dan
menantikan perkembaliaan pada hari kiamat
sebagaimana
yang dinyatakan dalam syarak dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu 'HIKMIAH'
(Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya
yang nyata menunjukkan bahawa 'RUH YANG BERAKAL' bukanlah jisim dan bukanlah
'aradh, malah ia adalah JAUHAR yang sabit(nyata) lagi kekal tiada binasa. Di
sini rasanya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan
dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu
mengesahkannya silalah tatap kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini. Cara kita
memberi huraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah
dengan berpegang pada apa yang telah dialami menerusi 'PENGLIHATAN YANG
YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.' Allah Taala ada menghubungkan ruh kepada
urusan dan kadang-kadang kepada 'IZAH'Nya(zat yang tiada boleh dicapai dengan
akal dan fikiran) dengan firmanNya yang bermaksud:
'Dan
Aku(Allah) tiupkan padanya ruh dariKU' (Surah Al-Hijr ayat 39).
dan
firmanNya lagi yang bermaksud:
'Katakanlah
(hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku' (Al-Israk ayat 85)
dan
firmanNya lagi yang bermaksud:
'Lalu
kami tiupkan padanya dari roh kami.'(Surah Al-Tahrim ayat 12)
Bila
roh itu dihubungkan oleh Allah Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisim
atau A'radh kerana rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat
hilang serta akan rosak. Rasulullah S.W.T. bersabda yang bermaksud:
"Roh-roh
adalah sebagai tentera yang lengkap"
dan
dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan:
"Roh
para syuhadah terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau."
Begitu
juga dengan A'radh tidak kekal selepas hilangnya jauhar kerana A'radh tidak
boleh berdiri dengan zatnya sendiri. Manakala jisim menerima peleburan kembali
sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa seperti
yang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah).
Setelah
kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuilah
kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFRAD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul Mufrad
Al-Kamil) hidup dengan zatnya, baik dan buruknya agama adalah datang
daripadanya, manakala ruh Tobie dan Ruh Haiwani dan kekuatan badaniah
seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrad Yang Sempurna ini.
Jauhar
ini menerima rupa-rupa maklumat dan hakikat maujudah (sesuatu yang wujud di
alam ini) dengan tidak diganggui oleh ain-ain dan peribadinya kerana jiwa
berkuasa mengetahui hakikat manusia tanpa melihat peribadi (manusia) itu
sendiri; begitu juga ia mengetahui malaikat dan syaitan-syaitan dengan tidak
perlu melihat peribadi-peribadi mereka. Ini adalah kerana kedua-dua jenis
makhluk itu tiada dapat dicapai oleh deria-deria kebanyakan orang.
Satu
golongan ahli tasauf berkata bahawa ' Qalbu ' mempunyai dua mata, serupa juga
dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir
dengan mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal. Rasulullah
S.W.T. bersabda yang bermaksud:
'Tiada
ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata.'
Dengan
kedua-dua mata ini dapatlah dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hendak
memberikan kebaikan kepada hambanya, ia bukakan dua mata Qalbunya supaya dapat
melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya. Roh ini tidaklah
mati dengan matinya badan kerana Allah Taala menyerunya supaya kembali
kepadaNya dengan firmanNya yang bermaksud:
'Kembalilah
kepada Tuhanmua' (Surah Al Fajr Ayat 28).
Sebenarnya
ruh ini hanya bercerai dan berpaling dari badan. Oleh kerana berpaling ini maka
kakulah segala yang bersangkut dengan kekuatan-kekuatan Haiwaniah dan
Tabii'yah. Maka diamlah yang bergerak itu dan dikatakan kepada yang diam itu,
ialah MATI.
Ahli-ahli
Thorikat atau ahli Tasauf lebih banyak berpegang pada roh dan Qalbu dari
berpegang pada peribadi. Apabila roh itu dari urusan Allah Taala, maka
beradanya dalam badan adalah sebagai orang dagang. Mukanya mengarah pada
asalnya dan tempat datangnya. Ia dapat mengambil faedah-faedah dari pihak
asalnya lebih banyak dari apa yang ia dapat dari pihak peribadi bila ruh itu kuat
dan tidak dikotori oleh kekotoran-kekotoran tabiat.
Bila
anda mengetahui ruh adalah Jauhar Mufrad dan mengetahui pula jasad memerlukan
ruang dan A'Radh maka selain dari ini tidak ada lagi melainkan Jauhar.
Ketahuilah bahawa Jauhar ini tidak menempati pada sesuatu tempat dan tidak
mendiami pada sesuatu ruang. Bukanlah badan adalah ruang bagi ruh dan bukan
pula tempat bagi Qalbu malahan badan adalah alat ruh, alat Qalbu dan kenderaan
jiwa. Zat ruh sendiri tidak bersambung dengan bahagian-bahagian badan dan tidak
berpisah daripadanya bahkan ia menhadap kepada badan, memberi faedah dan
melimpah kepadanya.
Mula-mula
lahir nur ruh pada otak kerana otak tempat kenyataan yang khas.
- Pada bahagian depannya ia
menjadi penjaga
- Pada bahagian tengahnya ia
menjadi menteri dan pentadbir
- Pada bahagian belakangnya ia
menjadi perbendaharaan. Ahli perbendaharaan dan seluruh bahagian manjadi
kakitangan dan kenderaan
- Roh Haiwani menjadi khadam
- Roh Tobie menjadi wakil
- Badan menjadi kenderaan
- Dunia menjadi medan
- Hayat menjadi barang (modal)
- Gerak menjadi perniagaan
- Ilmu menjadi keuntungan
- Hari akhirat menjadi matlamat
dan tempat pulang
- Syarak menjadi jalan dan cara
- Terhadap jiwa pendorong
kejahatan (nafsu Amarah) menjadi penjaga dan pemerhati
- Terhadap jiwa pengkritik (nafsu
Lawamah) ia menjadi penyedar.
- Pancaindera menjadi
pengikut-pengikut dan pembantu.
- Agama menjadi penghalang
- Akal menjadi mahaguru
- Rasa pancaindera menjadi murid
- Ar-Robh (Allah) menjadi
pemerhati
Jiwa
dengan sifat-sifat ini bersama dengan alat-alat ini tidak mengarah kepada
peribadi yang tebal ini dan tidak berhubung dengan zatnya, malahan ia
mengarah kepada Tuhannya dan Tuhannya memerintahkannya supaya mengambil
kesempatan mendapatkan sesuatu yang berguna hingga kepada satu tempoh yang
tertentu.
Oleh
itu ruh tidaklah menumpukan pemerhatian ke arah memikirkan yang lain dalam masa
perjalanan (hidup di atas dunia) ini, melainkan berusaha mencari ilmu untuk
menjadi perhiasan di dalam negeri akhirat. Ini adalah kerana perhiasan harta
dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia sahaja sebagaimana mata
menumpukan pemerhatian ke arah mendengar suara-suara, lidah siap sedia untuk
menyusun kata-kata, Ruh Haiwani tunduk kepada keenakkan marah, Ruh Tobie
cintakan kelazatam makan dan minum, maka ruh yang tenang (AL-Ruh
Al-Muthomainnah) ertinya Qalbu tidak menghendaki apa-apa selain daripada
ilmu dan tidak gemarkan sesuatupun selain daripada ilmu. Ia belajar dan
belajar sepanjang usianya. Ia menghiasi dirinya dengan ilmu dalam seluruh zaman
hingga waktu bercerainya dari badan. Jika ia menerima sesuatu yang lain
daripada ilmu, maka penerimaannya ini cuma untuk kepentingan badan, bukan untuk
kepentingan dirinya dan kecintaan asalnya. Bila anda telah mengetahui hal
ehwal ruh, kekalannya yang berterusan, kecintaannya dan pemerhatiannya kepada
ilmu maka patutlah anda mengetahui pula tentang jenis-jenis ilmu.
Sila
ikuti fasal seterusnya di [Bahagian& Jenis Ilmu]
Sila
lihat juga fasal sebelumnya
Semoga
Allah memberi anda petunjuk dan hidayahnya.
|

Tidak ada komentar:
Posting Komentar